Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

August 10, 2011

Simple Popia Goreng

As u all would notice, my recipe is all about simpleness. Simple this, simple that. Tapi nak kata simple tak la simple sangat. First time dalam hidup buat Popia Goreng nih. Memang ler senang nak sediakan bahan,, tapi bab nak gulung tu perrghh.. ada bercinta siket lerrrrrrrrrrr.....Papepon cobaan berjaya diatasi. Takde gambar nak pamer la sebab baba bawak tipon bercamera. Tipon ibu tipon baling dinding retak..huhuuuu

Btw.. punca resepi ni tak dapat dijelaskan dengan nyata sebab cedok dari sinin dan sinun. Tapi rasanya semua pon tau kan amende nak letak, masakan paling simple tuuu. Boleh olah ikut suka hati dan perasaan. Here goes ;-

Bahan-bahan
Kulit popia
Timun
Carrot
Tauge
Udang kering (sesudu cukup)
Bawang goreng (goreng sendiri lagi sedap..kalo rajin la..saya tidak)
Garam

Cara-cara
1. Potong halus timun dan carrot. Tauge nak celur air panas boleh..nak stay crispy pon boleh.
2. Tumbuk halus udang kering.
3. Gaul semua bahan dalam mangkuk. Tambah garam ikut rasa. Jangan banyak sangat. Udang kering da masin tau.
4. Portion sayur-sayuran juga ikut lah kehendak keperluan yang nak makan. Kalau nak bagi jiran-jiran sekali, abiskan terus sebijik carrot ngan timun tuh, tambahkan udang kering.
5. Bungkus adunan dalam kulit popia. Sapu bucu dengan air pon boleh, dengan putih telur pon boleh.
6. Goreng dan siap dihidang.

Sos
5 sudu cili kisar, 2 sudu gula, garam secukup rasa, sesudu kecil air asam jawa.
---> masak semua bahan di atas di atas api kecil sehingga cili masak.

Selamat sabar menggulung!!


3rd sign

April 15, 2011

Daging Masak BlackPepper

Maaflah..gambar di atas bukan gambaran masakan yang sebenar. Dah lama tak ada camera to capture things. Kedua-dua telefon telah menerima nasib yang tidak baik. Anyway..since tak ada benda kat dalam fridge so saya pon mengolah lah sendiri daging lembu masak lada hitam(rujuk gambar).

Bahan-bahan

Daging semangkuk kecik(potong nipis dan rebus hingga lembut, tos dan letak siiiikit serbuk kunyit)
Minyak masak - 4 sudu besar
Bawang besar seketul - hiris kasar
Bawang putih 2 ulas - hiris halus
Halia 2cm - hiris sederhana
Lada hitam sesudu teh - tumbuk kasar
Kicap pekat - 2 sudu besar
Sos tiram - 1 sudu besar
Sos lada hitam - 5-6 sudu besar
Daun bawang/sup
Cili padi - 4 bijik (diketuk kasar)
Garam - secukup rasa


Cara-cara


1. Panaskan minyak. Masukkan daging tadi sekejap untuk layurkan sahaja.


2. Masuk bawang besar, putih dan halia dan tunggu hingga naik bau, kemudian masukkan lada hitam tumbuk.

3. Masuk bahan-bahan perencah - kicap, sos tiram, sos lada hitam. Masukkan sedikit air.

4. Tunggu sehingga daging sebati dengan sos. Bubuh garam ikut citarasa. Kepekatan sos boleh diubah dengan bubuh air Tak payah letak tepung jagung pon boleh.


5. Last sekali masukkan cili padi dan daun bawang/sup.

Resepi memang senang giler cam masak kicap gak. Tinggal dia tukar bubuh sos lada hitam jek. Selamat Mencuba.



August 28, 2010

Simple Kek Batik

- Gambar sebenar kejadian amik kul 3 pagi  -

Dipersembahkan, Kek Batik tersimple abad ini. walaupon simple tetapi rasanya tidak simple ye. Penuh dengan kelazatan milo, ditambah dengan aroma koko dan kemanisan susu pekat, kerangupan biskut marie yang dikelilingi dan melting di antara rasa coklat hebat..peeerrrgghhh..senang kata rasa yang menawan kalbu menambat jiwa lah..Now as for the recipe..the simplest in whole wide world..trust me..

August 16, 2010

Sambal Tumis Bilis Simple

(Gambar Google..minta izin ye puan..saya punye da abis hadam..heeee)

Bahan-bahan
3 bijik Bawang kecil
2 bijik Bawang putih
Sikit ikan bilis (ganti belacan..i resdung u)
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar gula pasir
Secawan air asam jawa
Segenggam ikan bilis goreng rangup
Sedikit bawang goreng

Cara-cara
--> Tumbuk ketiga-tiga ramuan pertama.
--> Tumis sehingga naik bau.
--> Masukkan cili kisar dan tumis sampai masak.
--> Masuk pulak gula dan air asam
--> Masak sampai warna cili jadi merah hitam dan berkilat. (Important keyword for this recipe..remember!!) Tu tandanya da sedap la tu.
--> Lastly masukkan bilis goreng dan bawang goreng. Kacau rata kejap then padam api.

..boleh adjust kelembapan dan kekeringan sambal dengan menambah air masak ikut kata hati.
..boleh bubuh ramuan lain cam kacang goreng ker, kentang gereng nipis tu ker,,ikut citarasa tekak memasing..yg penting digoreng dulu.

Nota kaki yang penting: Pastikan api sederhana. Takmo cili hangus dan tak masak. Nanti pedas dan langu.
Sumber resepi : Puan Roayang (Chef Kg. Kundang)



3rd sign

August 10, 2010

Simple Chocolate Cake

Stumble upon this great recipe here at Cooks.com. What is soo great about it?
1. It is super duper simple 2. It is super duper delicious.
You guys should really really give it a try. Syok woooooooo...!!
Btw..Made this cake last Saturday (August 7, 2010) for my lovely daughter Eryna's birthday. She already turn 1 but without the teeth just yet.

Now as for the recipe,


2 cups self raising flour
2 cups sugar
3/4 cups Van Houten cocoa powder
1 tsp. baking soda
1 tsp. baking powder
3 eggs
3/4 cups corn oil
2 cups boiling water
1 tsp. vanilla essence

- Mix first 7 ingredients just using spatula.
- Sift together flour, cocoa powder, baking powder and soda bicarbonate.
- Add in sugar. Then pour beaten egg then the corn oil.
- Add hot water a little at a time. Batter will be thin.
- Mix the ingredients until there is no lumps. Lastly add in vanilla essence.

I bake in a 9-inch round pan at 375°F / 190 Celcius for about 35 minutes.

As for the topping, there is so many ways to do it. Of course i'll make the easiest yet still super yummy. Heheee..

Just melt 1/2 of the cooking chocolate bar with a spoon of butter and 1/2 cup of chocolate milk. The best way to melt it is using double boil technique. Pour into the cake while it's still hot as it will mmmeelllltt innnto the cake.

-The cake- (Gambar sebenar kejadian ye)

- The eater of the day -

3rd sign

July 12, 2010

Chocolate Oreo Cheesecake

Gambar sebenar kejadian 3 bulan yg lepas.

This entry is specially dedicated to my sister yg tgh nk gelabah wat cheesecake for the 1st time ever. Gud luck sis. Once u do it u'll want more and more. Actually this recipe that i'm about to give u are extracted frm Rasa magazine January 2010 Edition. Super very easy to do.

Bahan-bahan :
250 gm Philadelphia cream cheese
2 biji telur Gred A
250 gm biskut Oreo (dikisar)
4 sudu makan gula kastor
200 gm coklat masakan
2 sudu makan mentega cair
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan sour cream

Cara-cara :
1. Gaulkan biskut Oreo bersama mentega hingga sebati.
2. Tekan dan padatkan pada loyang bulat 6" yg dilapik kertas minyak.
3. Biarkan seketika didalam peti sejuk.
4. Campurkan cream cheese bersama gula dan pukul hingga kembang.
5. Masukkan telur satu persatu, sour cream dan esen vanilla. Pukul perlahan-lahan.
6. Masukkan coklat cair, kacau rata dan tuangkan ke atas adunan biskut Oreo tadi.
7. Sblm tu blh juga masukkan 2 ketul biskut Oreo yang dan dihancur sederhana kasar.
8. Bakar pada suhu 170C dan biar masak selama 25minit. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang.

April 30, 2010

-Oreo Cheese Cake Pujaan Hatiku-

Cheezy day melanda lagi..!! Buat kesekian kalinya menerjah Oreo Cheese Cake. Kali ini sempena majlis 'saje-saje makan bos takde'. DNO belanja makan stimboat(tapi kat dlm compound je la).
Dan sekali lagi, The Oreo Cheese menjadi kegilaan ramai. Huhuuu..siap dapat star rating 10/10 tuuu..heheeee..meleret senyumku dalam hati (je la tapi). Ni dpt gambar ni pon kene marah sbb diorg tgh makan lagik. Btw..ni keje SJS lah ni golek2kan kek tu kat crust yg peroi itu. Xnk membazir katanya. Hahahaaa
But for myself, this time belom mencapai Sasaran Kerja yang dikehendaki lagi. Masih dalam eksperimen. Sebabnya x bakar guna kaedah water bath. Lom nak ada masa gi carik loyang besau lagi. Takpe takpe..nampak gaya macam nak dekat naw dah keberjayaan tuh. Gambaten Yoa!! Maka berikut di bawah adalah resepi yang menjadi panduan kali ini :-

{Bahan A;
150gm :Biskut Marie @ Biskut Oreo (yang dibuang cream);
2 sudu besar: Butter;
}

{Bahan B ;
500 gm: Cream Cheese (Jenama Philadelphia) ;
200ml :whip cream ;
200gm :gula castor;
30gm :tepung gandum;
2 biji :telur ;
2sudu teh :vanilla esen;
3 sudu besar: sour cream;
6 ketul :biskut Oreo (dibuang cream dan dihancurkan dengan sederhana ganas);
}
**---Tatacara Pembuatan ---**
{
Buat Base guna bahan A;

i. Hancurkan biskut dgn sangat ganas;

ii. Cairkan butter dan gaul bersama biskut. kalo biskut masih peroi tambah ler lagi butter tu ye puan-puan(p/s:ada sesetengah resepi letak gula masa cairkan butter..terpulang);

iii. Masuk adunan ke dalam loyang (kalo buat cheesecake baik guna loyang springfoam) pastu tekan adunan tadi sampai rata dan padat di seluruh permukaan loyang. Loyang kena lapik dulu dgn baking paper (cam kertas minyak warna putih tu apa ke panggil..kang kalo ingat sy update) dan di gris dgn butter;

iv. Bubuh kat dalam peti ais at least 1/2 jam supaya adunan keras;
}
{
Buat Isi Guna Bahan B;

(ps:sambil buat isi dah blh panaskan oven dengan suhu 160darjah Celcius-->kalo nak lagi elok..bubuh springform td kat dalam loyang yang lagi besar yg tlh diisi air agak2 tenggelam springform tp jgn byk sgt kang merecik2lah pulok:kaedah ini dipanggil water bath-->ingat cheesecake x mandi ke??);

1. Pukul cream cheese + gula castor sehingga kembang;

2. Masuk telur, sebijik sebijik,pastu vanilla esen pastu tepung dan kacau sampai sebati;

3. Giliran whip cream pulak tok terjun bersama-sama sour cream. Kacau sampai sebati tau;

4. Last sekali masukkan tajuk kek ni = biskut oreo = barulah ada datang rasa tajuk tu;

5. Tuang kat dalam loyang td dan bakar dalam 50-60minit seperti penerangan pjg jela di atas;

6. Bila dah masak elok sekiranya dibiarkan semalam dalam peti ais baru makan. Cheese nature;

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. Terima kasih;
}

April 22, 2010

Keberjayaan Membuat Carrot Cake


-Gambar Hiasan Semata-
Berjaya membuat carrot cake ku yang pertama. Tiada gambar untuk upload. Masa tidak mengizinkan. Hanya untuk makluman diri sendiri. Order oleh Nur Adlina. Sonang yo rupo eh. Punye la berdebar selama ni nak buat carrot cake. Tapi rasanya entah eh? Sbb sendiri buat sendiri x rasa. Boleh mcm tu?? Hahaha.. Tapi baru kelmarin wat Orange cake and it's a HUGE success (smiling all the way...) So i think the taste should be ok. Will ask Nur later on. Tomorrow ada order Choc Cheese Cake by Che'Koda pulak. Ari sabtu le baru leh repeat order balik tok Carrot cake diri sendiri punye. Berikut di bawah adalah resepi yang diterjah dari internet ler.

Ingredients

  • 4 eggs
  • 1 1/4 cups vegetable oil
  • 2 cups white sugar
  • 2 teaspoons vanilla extract
  • 2 cups all-purpose flour
  • 2 teaspoons baking soda
  • 2 teaspoons baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 teaspoons ground cinnamon
  • 3 cups grated carrots
  • 1 cup chopped pecan(mix of walnut & almond)

  • 1/2 cup butter, softened
  • 8 ounces cream cheese, softened
  • 4 cups confectioners' sugar
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 1 cup chopped pecans
Directions
  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour a 9x13 inch pan.
  2. In a large bowl, beat together eggs, oil, white sugar and 2 teaspoons vanilla. Mix in flour, baking soda, baking powder, salt and cinnamon. Stir in carrots. Fold in pecans. Pour into prepared pan.
  3. Bake in the preheated oven for 40 to 50 minutes, or until a toothpick inserted into the center of the cake comes out clean. Let cool in pan for 10 minutes, then turn out onto a wire rack and cool completely.
  4. To Make Frosting: In a medium bowl, combine butter, cream cheese, confectioners' sugar and 1 teaspoon vanilla. Beat until the mixture is smooth and creamy. Stir in chopped pecans. Frost the cooled cake.