Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

August 3, 2010

Rambut Best Angelina Jolie Dari Amoy Semabok Perdana


Tiap kali pegi salun mesti dok belek magazine sambil mengangankan how i wish my hair to be just like her..oohh..how nice..

S: Ok miss..you mau potong macamana punye..
A: Mmmm(sambil dok selak sat depan sat belakang)..i mau macam ini punye boleh ar?
S: Haiyo u rambut pendek mana boleh maa..i kasi pendek tapi cantik punye lah..ok??
A: Booolehhh lah..
Sambil lah amoy dok godek tenyeh kepala ni..sambil tu le dia dok membebel
S: U punya rambut manyak losak ah miss?? U kene rajin shampoo laa..jaga ini lambut baik-baik maa.. Kalau u rajin jaga boleh jadi macham itu Angelina Jolie maaa..(sambil tunjuk poster kat dinding kedai dia)
A: (wah amoi ni..besar harapan ko kat aku eh) so apa macam mau jaga rambut elok-elok moy?

So berikut di bawah ialah ringkasan petua daripada Amoy Salun kat Semabok Perdana ni ye tuan-tuan dan puan-puan:
1. Setiap kali bershampoo(at least 3 kali seminggu), amalkan shampoo berganda. Means, basuhan pertama bubuh shampoo sikit je dulu pastu bilas. Then untuk basuhan kali kedua baru letak shampoo banyak siket.(Penggunaan anti dandruff shampoo lebih digalakkan daripada jenis-jenis 2,3,4-in-1 punye)
2. Ramas kulit kepala guna hujung jari. Jangan sesekali garu guna kuku. Nanti amoy marah maa.
3. Take your time..indulge urself dalam timbunan shampoo yang pekat tu at least dalam 5-10 minit ke.
4. Bilas basuhan tadi bersih-bersih then sapukan conditioner kat ujung rambut SAHAJA. Jangan sesekali bagi conditioner sentuh kulit kepala. (The idea is we want to keep the scalp as dry as we can, so no dandruff can breed there)
5. Biarkan conditioner sebati dalam 5 minit lagi baru bilas dengan air sejuk.
6. Seelok-eloknya keringkan rambut sehingga betul-betul kering guna towel kering atau hair-dryer baru pakai tudung lah (utk yg pakai tudung)
7. Sebulan sekali curik masa untuk pergi salun trim dan buat treatment terus ke.
A: Mestiiiii ker sebulan sekali treatment?? Haiyo..bankrupt la i ini macam.
S: U mau u punya husband cium u punya rambut wangi-wangi cantik-cantik maa..?? Tade mahal la misssss...

Nota kaki : Ye lah moy..aku termakan gak bebelan ko tuh. Jumpa lagi bulan depan.


3rd sign

April 29, 2010

Main Bisik-Bisik


Tengah merayau-rayau (nahan ngantok bos xde..astaga), terlanding plak kat nasihat nih..marilah wahai kaum ibu DAN bapa kite cuba try aplikasikan dia..ada logiknya..kan? For myself,,sorang sehari la. Kalau nak sume dalam 1 malam x dan pulak. Konsentrasi da kurang. Maka inilah dia :-

==Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

1.
setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.
membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.
bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.
apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.
ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba...... ==