April 30, 2010

-Oreo Cheese Cake Pujaan Hatiku-

Cheezy day melanda lagi..!! Buat kesekian kalinya menerjah Oreo Cheese Cake. Kali ini sempena majlis 'saje-saje makan bos takde'. DNO belanja makan stimboat(tapi kat dlm compound je la).
Dan sekali lagi, The Oreo Cheese menjadi kegilaan ramai. Huhuuu..siap dapat star rating 10/10 tuuu..heheeee..meleret senyumku dalam hati (je la tapi). Ni dpt gambar ni pon kene marah sbb diorg tgh makan lagik. Btw..ni keje SJS lah ni golek2kan kek tu kat crust yg peroi itu. Xnk membazir katanya. Hahahaaa
But for myself, this time belom mencapai Sasaran Kerja yang dikehendaki lagi. Masih dalam eksperimen. Sebabnya x bakar guna kaedah water bath. Lom nak ada masa gi carik loyang besau lagi. Takpe takpe..nampak gaya macam nak dekat naw dah keberjayaan tuh. Gambaten Yoa!! Maka berikut di bawah adalah resepi yang menjadi panduan kali ini :-

{Bahan A;
150gm :Biskut Marie @ Biskut Oreo (yang dibuang cream);
2 sudu besar: Butter;
}

{Bahan B ;
500 gm: Cream Cheese (Jenama Philadelphia) ;
200ml :whip cream ;
200gm :gula castor;
30gm :tepung gandum;
2 biji :telur ;
2sudu teh :vanilla esen;
3 sudu besar: sour cream;
6 ketul :biskut Oreo (dibuang cream dan dihancurkan dengan sederhana ganas);
}
**---Tatacara Pembuatan ---**
{
Buat Base guna bahan A;

i. Hancurkan biskut dgn sangat ganas;

ii. Cairkan butter dan gaul bersama biskut. kalo biskut masih peroi tambah ler lagi butter tu ye puan-puan(p/s:ada sesetengah resepi letak gula masa cairkan butter..terpulang);

iii. Masuk adunan ke dalam loyang (kalo buat cheesecake baik guna loyang springfoam) pastu tekan adunan tadi sampai rata dan padat di seluruh permukaan loyang. Loyang kena lapik dulu dgn baking paper (cam kertas minyak warna putih tu apa ke panggil..kang kalo ingat sy update) dan di gris dgn butter;

iv. Bubuh kat dalam peti ais at least 1/2 jam supaya adunan keras;
}
{
Buat Isi Guna Bahan B;

(ps:sambil buat isi dah blh panaskan oven dengan suhu 160darjah Celcius-->kalo nak lagi elok..bubuh springform td kat dalam loyang yang lagi besar yg tlh diisi air agak2 tenggelam springform tp jgn byk sgt kang merecik2lah pulok:kaedah ini dipanggil water bath-->ingat cheesecake x mandi ke??);

1. Pukul cream cheese + gula castor sehingga kembang;

2. Masuk telur, sebijik sebijik,pastu vanilla esen pastu tepung dan kacau sampai sebati;

3. Giliran whip cream pulak tok terjun bersama-sama sour cream. Kacau sampai sebati tau;

4. Last sekali masukkan tajuk kek ni = biskut oreo = barulah ada datang rasa tajuk tu;

5. Tuang kat dalam loyang td dan bakar dalam 50-60minit seperti penerangan pjg jela di atas;

6. Bila dah masak elok sekiranya dibiarkan semalam dalam peti ais baru makan. Cheese nature;

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. Terima kasih;
}

No comments:

Post a Comment

Apa kata awak..??