March 8, 2012

Berita Terkini SBPA

Berita diekstrak dari Utusan Online. Macam nii lah yang kita nak. Sume bantai sama rata. Pedulik apa rendah ke tinggi ke..janji sama rata. Haduuh..tu pon amik masa bape bulan nak piker ke. Papepon syukur alhamdulillah.

Inti pati pengumuman Perdana Menteri untuk penjawat awam

08/03/2012 1:43pm

PUTRJAYA 8 Mac – Berikut inti pati pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

* Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

* Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan.

* Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

* Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

* Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

* Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

* Keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip "time-based" Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012 dikekalkan. - UTUSAN

January 30, 2012

Mencari Semangat Bekerja

Semangat oh semangat..
Datanglah kepadaku..
Kerna diri ini amat memerlukanmu..
Sebelom datang tekad ku menganto surat resignku..
Huhuuuuuu..
Need a very good motivation right now to continue my daily job..
But dont have the gut still..to request for a change..
So..saaaabooooo jeeeee laaaaaa....

(:| yawn :-S worried

January 11, 2012

Azam Baru Sempena Esok Nak Birthday

Dance as though no one is watching 
Love as though you've never been hurt 
Sing as though no one can hear you 
Live as though heaven is on earth.
Souza