August 6, 2011

Lambaian Kaabah Buat Khairudin Husain

- Picture credit to Google Image -

Assalamualaikum w.bt.

Saat post ini ditulis, baba mungkin baru tiba di bandar Mekah. Perjalanan dari Madinah amik masa 7 jam katanya. Hanya titipan doa yang mampu ibu berikan dari sini. Semoga baba tabah menghadapi segala-galanya. Dan moga dipermudahkan segala urusannya. Walaupon pekerjaan umrah, tapi bukan satu perkara enteng. Tanah suci adalah tanah haram. Bukan mudah untuk baba dapat peluang macam ni. Mungkin ini je satu-satunya peluang mengenali lebih dekat tanah suci ini sebelum pekerjaan hakiki haji dibuat kelak. Ibu sangat-sangat bersyukur di atas limpahan rahmatnya especially di bulan penuh rahmat ni. Berlipat kali ganda katanya. Amiiiiiin.

Dan walaupon ibu sedih sampai ter'MC' dua hari kelmarin sebab stress sangat, tapi akhirnya ibu kembali sedar ke jalan yang benar. Semua ni ada rahmat yang maha besar. Redhakan. Doakan. Semoga selamat pergi dan selamat kembali. Nampak cam kelakar, gi 2 minggu pon kecoh nak stress. But it's not funny at all dear. It's definitely NOT. Haa..tengok baru tulis cenggini dah denyut kepala.

Maka sedarlah wahai Yoa Ngadenin bahawa Khairudin Husain dilambai Kaabah pada bulan nan mulia ini atas sebab-sebab tertentu. Not everyone get to go ok. Not even yourself Yoa. Ya Allah, moga kau ampuni segala kekusutan jiwaku ini. Baba, tabahkan hati, kuatkan semangat mentally and physically. Amin, amin amin ya rabbal a'lamin.........


3rd sign

No comments:

Post a Comment

Apa kata awak..??