April 15, 2011

Daging Masak BlackPepper

Maaflah..gambar di atas bukan gambaran masakan yang sebenar. Dah lama tak ada camera to capture things. Kedua-dua telefon telah menerima nasib yang tidak baik. Anyway..since tak ada benda kat dalam fridge so saya pon mengolah lah sendiri daging lembu masak lada hitam(rujuk gambar).

Bahan-bahan

Daging semangkuk kecik(potong nipis dan rebus hingga lembut, tos dan letak siiiikit serbuk kunyit)
Minyak masak - 4 sudu besar
Bawang besar seketul - hiris kasar
Bawang putih 2 ulas - hiris halus
Halia 2cm - hiris sederhana
Lada hitam sesudu teh - tumbuk kasar
Kicap pekat - 2 sudu besar
Sos tiram - 1 sudu besar
Sos lada hitam - 5-6 sudu besar
Daun bawang/sup
Cili padi - 4 bijik (diketuk kasar)
Garam - secukup rasa


Cara-cara


1. Panaskan minyak. Masukkan daging tadi sekejap untuk layurkan sahaja.


2. Masuk bawang besar, putih dan halia dan tunggu hingga naik bau, kemudian masukkan lada hitam tumbuk.

3. Masuk bahan-bahan perencah - kicap, sos tiram, sos lada hitam. Masukkan sedikit air.

4. Tunggu sehingga daging sebati dengan sos. Bubuh garam ikut citarasa. Kepekatan sos boleh diubah dengan bubuh air Tak payah letak tepung jagung pon boleh.


5. Last sekali masukkan cili padi dan daun bawang/sup.

Resepi memang senang giler cam masak kicap gak. Tinggal dia tukar bubuh sos lada hitam jek. Selamat Mencuba.



2 comments:

  1. nyum...saya mmg suka mskn mcm nih...nak buat la nanti...hehehe

    ReplyDelete
  2. Buat la..memang senang sangat..kang upload la gambar..kite xde gambar :(

    ReplyDelete

Apa kata awak..??