September 3, 2010

Teringat Kat Abah

Hari ni dah capai Ramadhan 24. Maknanya ada 7 hari lagi nak berada dalam bulan Ramadhan 1431H ni. Cepat betul masa. Dan ini maknanya sekejapan je lagi bakal menyambut Aidilfitri – tanpa abah disisi buat julung kalinya. Adus..rasa pedih dan sebak da mula terasa-rasa. Rasa dada ni berat dan penuh tak tertanggung sungguh. Tak dapat nak bayang pagi raya saat takbir berkumandang dari subuh..eerrgghh. Masih ternampak-nampak abah dok kat dapur teman mak bangun dari jam 4.30 pagi dok panaskan lauk kee..masak ketupat baru kee..tapi memang gitu lah. Tabiat tahunan loving couple tu, seawal 4.30 beb da bangun nak siapkan keperluan tekak anak-anak yang dok membongkang lagi ni ha. Kang atuk da siap atas moto nak gi solat raya..mula la cucu-cucu tmasuk bapak2 cucu menggelabah carik songkok la, butang lah, sampin bagai segala lah. Pastu yang pompuan selagi tak dengar bunyik moto atuk balik dari masjid, selagi tu tak siap. Dari jauh da dengar kang haa..baru la nk tepek bedak lah, tonyoh gincu lah..yang baru nak capai towel pon ada you!! Tu belum kira lagi persiapan masa bulan puasa tu. Abah la buat tu, abah la ni. Eeee..bestnya kenangan tu. Ok..sume da siap..abah ngan mak dok kat sofa maka beratur ler sume amik nombor. Wah..time ni kalo rasa agak taun tu memang dok degil semanjang..memang panjang la syahdu leleh nya. Tapi rasa tiap taun dosa menimbun. Ya Allah..apa aku dah buat ni. Cemana dengan dosa-dosa selepas raya taun lepas dengan abah? Taun ni da tak dapat peluk cium mintak ampun zahir batin ngan abah? (naik bulu roma kejap) Oh Tuhan..kau ampuni dosa-dosa abahku..dan Kau ampuni dosa-dosa diriku,suami, ibu, ibu mertua, arwah ayah mertua, anak-anak, adikberadik, guru-guru, rakan-rakan, kaum keluarga dan seluruh umat islam ini Ya Allah. Semoga damai dan aman abah di sana.
(Nukilan dipendekkan,,sebak teramat nih)


1 comment:

Apa kata awak..??