August 28, 2010

Simple Kek Batik

- Gambar sebenar kejadian amik kul 3 pagi  -

Dipersembahkan, Kek Batik tersimple abad ini. walaupon simple tetapi rasanya tidak simple ye. Penuh dengan kelazatan milo, ditambah dengan aroma koko dan kemanisan susu pekat, kerangupan biskut marie yang dikelilingi dan melting di antara rasa coklat hebat..peeerrrgghhh..senang kata rasa yang menawan kalbu menambat jiwa lah..Now as for the recipe..the simplest in whole wide world..trust me..

Bahan-bahan :

1 bungkus biskut marie
1 paket kecil milo (lupe tgk brp gram..)
1 tin susu pekat manis
3 sudu besar serbuk koko
1 buku butter
6 biji telur

Cara-cara :

1. Pukul telur sehingga kembang
2. Masuk susu, milo, koko dan kacau sehingga sebati. Guna spatula jek. Takyah sesusah guna mixer bagai.
3. Ketepikan adunan dan mula panaskan kuali di dapur.
4. Panaskan butter sehingga cair kemudian masukkan adunan tadi.
5. Kacau sehingga agak pekat dan likat. Cecepat masukkan biskut marie yang sudah dipecah-pecah.
 (the smaller the better)
6. Kacau adunan hingga rata = biskut marie dapat adunan tadi sama rata,,semua kena cokelet.
7. Tutup api dapur dan masukkan dalam loyang dan padat-padatkan adunan.
8. Biar sejuk dan bubuh dalam peti ais 3-4 jam baru sedap makan.

Selamat mencuba.

Nota kaki : Sumber ialah Puan Eja.


3rd sign

2 comments:

  1. mcam senang ja..
    nak try laa..
    beli kt bazar x sedap..
    dia lembik2

    ReplyDelete

Apa kata awak..??