January 23, 2010

Post RIndu..


Post ini akan menceritakan bagaimana rasa rindu pada abahku. Kerna setiap kali ku pandang wajah-wajah veteran/warga emas/wak-wak/pakcik-pakcik..terasa kehadiran abah. Setiap kali ku telefon bonda, pasti ceritanya tentang ingatannya pada abah. Oh bonda, tabahkan hatimu. Anak-anak mu juga berkeadaan begitu. Betapa kami merindukan abah. Tatkala ini segala kenangan memori ingatan bersama dulu timbul kembali. Tatkala ini segala penyesalan dirasakan tidak ada kesudahan. Dada ini terasa begitu berat dengan ketiadaannya. Ingin ku jeritkan..come back pls abah!! Tapi itu satu kegilaan dan kepesongan iman. Kebodohan diri dirasakan setiap hari kerna baru ini kesedaran kepayahan dan kesusahan abah selama hayatnya. Hanya di blog ini mampu ku luah semua kerna tiada kekuatan aku untuk meluahkan keluluhan jiwa ini ditempat lain(selain aduan sepiku pada Yang Esa). Kemampuan terbesarku setakat ini hanya kiriman doa yang tidak putus. Dalam tawa nangis riang sedih jalan lompat..insyaallah..ingatanku sentiasa ada. Teringat eh masa dari kecik sampai ke tua bangka ni..abah is always there for us. ALWAYS!! Bonda..bonda,bonda,bonda!!! Kuatkan semangatmu bonda. Kerna hanya bonda pengikat tali kasih muka bumi ini dengan alam kubur abah. Kepada bonda sajalah tempat kami dapat menebus segala-galanya. Aku rindu..aku rindu..aku rindu.

No comments:

Post a Comment

Apa kata awak..??